Memberi perkhidmatan perundangan yang berkualiti dan profesional selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Malaysia kepada Institut.
Merancang, mengurus dan melaksanakan semua urusan pengantarabangsaan ISN.
Merancang dan menyelaras urusan berkaitan Parlimen, Jemaah Menteri dan Lembaga Institut.
Merancang dan menyelaras penyediaan pelan strategik ISN.
Menguruskan pelbagai media komunikasi melalui kebijaksanaan dan kewarasan membuat keputusan serta menyampaikan maklumat sebenar kepada orang awam dan pelanggan.
Merancang dan melaksanakan projek-projek jangka pendek dan jangka panjang knowledge management (KM).
Memainkan peranan sebagai pusat rujukan dan repositori maklumat sukan negara.