BENGKEL KERJA KAJIAN GANGGUAN SEKSUAL DALAM SUKAN FASA 1 & 2: INSTITUT SUKAN NEGARA

18 Mac 2019. Satu bengkel kerja projek kajian ISN bertajuk “Constructing the Code of Practice and Policy on the Prevention and Elimination of Sexual Harassment in Sports” telah dijalankan di Bilik Teratai, ISN. Menerusi bengkel kerja ini, setiap penyelidik telah membentangkan hasil analisis situasi amalan prosedur gangguan seksual mengikut kategori iaitu daripada dokumen Jabatan Perkhidmatan Awam, Institusi Pengajian Tinggi, organisasi Olimpik, United Nations dan European Unions. Selain itu, pasukan penyelidik membuat perancangan untuk kutipan data yang seterusnya serta penetapan garis masa untuk setiap tugas yang dibahagikan. Projek ini melibatkan kolaborasi dengan pakar-pakar pengajian gender, sosiologi, psikologi, dasar dan sumber manusia.

Mereka terdiri daripada Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti SEGI dan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Penyelidik utama kajian, Dr. Sharifah Syahirah bt Syed Shiekh, merupakan seorang pensyarah kanan dan aktivis gender daripada Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita (NCWO) dan penyelidik bersama dari ISN adalah Puan Syarifah Fathynah bt Syed Shiekh dari Cawangan Penyelidikan Translasi telah menjalankan kajian awal berkaitan isu gangguan seksual dalam sukan ini. Penyelidik bersama lain juga mempunyai kepakaran dan kekuatan dalam bidang masing-masing untuk mencapai matlamat kajian iaitu membantu menyediakan maklumat yang saintifik untuk digunakan dalam pembentukan polisi yang berkaitan dengan isu gangguan seksual dalam sukan.