BENGKEL ANALISIS DATA 2015

BUKIT JALIL, 18 November 2015 – Cawangan Pengurusan Penyelidikan telah  menganjurkan 5 siri Bengkel Analisis Data bertempat di Bilik Latihan Komputer, Majlis Sukan Negara dari bulan September sehingga bulan November 2015. Penceramah jemputan bagi bengkel ini adalah Prof. Dr. Chua Yan Piaw dari Institute of Educational Leadership, Universiti Malaya.

photo

Isi kandungan bengkel ini merangkumi konsep analisis data, penyediaan data untuk analisis, menyemak taburan data, membuat analisis data dan penyediaan laporan. Seramai 20 orang peserta Institut Sukan Negara telah menghadiri bengkel ini di sepanjang 5 siri dan mempelajari kaedah menganalisis data menggunakan perisian statistik iaitu SPSS dan Smart PLS.

 

Oleh:

Dayang Adlina Sharine
Cawangan Pengurusan Penyelidikan
Bahagian Penyelidikan, Pendidikan dan Inovasi Sukan