Tahniah!

6hb Ogos 2015 – Seluruh Ahli Lembaga Institut serta warga kerja ISN merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Datuk Ir. (Dr.) Hj. Khairol Anuar bin Mohamad Tawi yang juga merupakan Ahli Lembaga Institut Penggal Kedua 2013-2015 yang telah menerima penganugerahan Doctorate in Science oleh University of Swansea, Wales UK pada 23 Julai 2015.

photo

photo

photo

photo

photo

photo

Beliau merupakan warganegara Malaysia yang pertama mendapat pengiktirafan tertinggi (Honorary DSc and Fellowship) menerima anugerah tertinggi dari universiti tersebut. Pengiktirafan yang diterima ini diharap dapat membakar semangat beliau untuk memberi sumbangan terbaik dalam menjalankan tugas yang akan datang demi ISN dan juga negara.

Syabas kami ucapkan!