Bengkel Tatacara Penyediaan Laporan Penilaian Outcome Projek/Program Tahun 2017

Bukit Jalil- Unit Dasar dan Perhubungan Antarabangsa, ISN dengan kerjasama dari Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, KBS telah menganjurkan Bengkel Tatacara Penyediaan Laporan Penilaian Outcome Projek/Program Tahun 2017 bertempat di Bilik Seminar 1, ISN pada 27 Oktober 2016. Kursus yang julung kali diadakan di ISN ini telah dihadiri oleh Pengarah-Pengarah Bahagian, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Cawangan, Ketua-Ketua Pusat Dan Ketua-Ketua Unit di ISN. Taklimat telah disampaikan oleh En. Hairul Azreen bin Usol Ghafli, Ketua Penolong Setiausaha Kanan dari Cawangan Strategik dan Industri Sukan, KBS.

Fokus utama bengkel ini diadakan adalah untuk mempelajari garis panduan tatacara penyediaan penilaian outcome sekaligus menjadikannya sebagai salah satu kaedah untuk mengukur prestasi dan pencapaian program/projek pembangunan yang telah dilaksanakan oleh pihak kementerian/ jabatan dan agensi masing-masing. Garis panduan ini berpandukan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri pada 16 Mac 2005 yang telah menetapkan supaya kementerian/ jabatan dan agensi melaksanakan penilaian outcome program pembangunan.

Diharapkan bengkel yang penuh informatif ini dapat diterapkan dikalangan pegawai-pegawai di ISN bagi meningkatkan lagi usaha dalam menjadikan ISN sebagai organisasi yang memiliki warga kerja profesional serta mampu menghasilkan penilaian outcome yang cemerlang berteraskan pencapaian objektif melalui projek-projek yang dirancang dan dilaksanakan dengan rapi dan tersusun. Upacara penutup Bengkel Penilaian Outcome ini telah disempurnakan oleh YBrs. En. Kamaruzzaman Bin Mohamad Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan pada jam 12.30 tengahari.

Oleh : Muhammad Haniff b Ahamat