Townhall ISN Ogos

BUKIT JALIL, 23 Ogos 2016 – Townhall ISN pada kali ini yang bertemakan Sehati Sejiwa sempena menyambut Bulan Kemerdekaan telah dijalankan dengan jayanya. Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Dr. Khairi Zawi telah menyampaikan amanat beliau dengan meluahkan rasa bangga dengan pencapaian atlet negara yang bertanding di Sukan Olimpik Rio 2016 yang telah melabuhkan tirainya pada 21 Ogos yang lepas. Begitu juga kepada 15 orang pegawai ISN yang telah memberikan komitmen yang tinggi dalam setiap tugas yang diberikan.

Beliau juga menyentuh tentang Kursus Team Building ISN Siri 1/2016 yang telah dijalankan pada 10hb-12hb Ogos yang lepas di Asahan, Melaka. Harapan beliau agar kepada pegawai dan anggota ISN yang mengikuti kursus ini agar dapat bekerja dalam satu pasukan, membentuk kesefahaman, keakraban, kemesraan, mengeratkan silaturrahim, mewujudkan satu institusi kekeluargaan, bersatu hati di samping mengenali antara satu sama lain agar kerja yang di lakukan lebih efektif dan efisyen.

Anugerah Pekerja Cemerlang bagi Kategori Pegawai Bulan Ogos telah dianugerahkan kepada Puan Nursyazana Bt. Bistaman dari Bahagian Podium. Manakala bagi Kategori Kumpulan Sokongan dianugerahkan kepada Puan Nor Suriani Bt Aris dari Pusat Direktorat dan Cik Noor Azleen Khairu dari Bahagian Penyelidikan dan Pendidikan.

Townhall kali diserikan lagi dengan Majlis Penyerahan Bendera Malaysia dari atlet Angkat Berat Negara yang telah bertarung di Temasya Sukan Olimpik Rio yang lepas, Mohd Hafifi Mansor kepada Dr. Khairi. Pihak ISN menghadiahkan poster Olimpik kepada beliau.

Sesi Townhall telah diakhiri dengan nyanyian lagu Tanggal 31 sempena Bulan Kemerdekaan.

#TeamISN

#TownhallISNOgos