35 warga ISN terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KBS 2018

KUALA LUMPUR, 12 Feb 2019 – Seramai 35 pegawai dan anggota ISN antara penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC 2018) Peringkat Kementerian Belia dan Sukan yang telah disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman di Palace of the Golden Horses hari ini.

Semua penerima APC menerima Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan hadiah prestasi berjumlah RM1000.00 yang diberikan dalam bentuk Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional.

Majlis yang diadakan ini adalah bagi mengiktiraf dan menghargai Warga Kementerian Belia dan Sukan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2018 di dalam jawatan dan bidang masing-masing.

Tahniah buat semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC 2018) ISN. Semoga terus cemerlang dalam menjalankan tugas dan amanah demi sukan negara.

#TeamISN #TeamKBS