Membuka pintu gerbang kepakaran sains, perubatan dan teknologi sukan berprestasi tinggi negara kepada seluruh masyarakat. Sertai kami dalam pengalaman imersif "Experience. Learn. Inspire." merangkumi 20 zon interaktif, demonstrasi langsung, dan konsultasi pakar!
10 Oktober 2026 (Sabtu)
8.00 Pagi Hingga 1.00 Petang
Institut Sukan Negara (ISN), Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Menjadikan ISN Open Day 2026 sebagai platform utama memperkenalkan peranan Institut Sukan Negara kepada masyarakat melalui pendekatan interaktif, pendidikan, pengalaman dan penglibatan komuniti.
Mengenali fungsi, kepakaran serta peranan setiap cawangan dan bahagian di Institut Sukan Negara secara langsung.
Mencuba sendiri teknologi canggih, fasiliti pemulihan berprestasi tinggi dan ujian kecergasan makmal ISN.
Berinteraksi bersama pakar sains sukan, doktor perubatan sukan, penyelidik, jurulatih bertauliah dan atlet kebangsaan.
Mendidik masyarakat mengenai amalan gaya hidup sihat, pencegahan kecederaan dan prestasi optimum berasaskan bukti saintifik.
HARI SABTU
Kompleks Sukan Negara, KL
Pengambilan nombor bib Fun Run 5KM, pengagihan buku ISN Passport & kit peserta di Kaunter Pendaftaran Utama.
Sesi pemanasan badan saintifik bersama jurulatih suaian fizikal & pelepasan larian komuniti 5KM mengelilingi Bukit Jalil.
Pemeriksaan kesihatan, pameran teknologi sukan, lawatan ke Altitude Chamber & Makmal, Pickleball, dan cabaran pasport.
Pengumuman pemenang Lucky Draw, penebusan cenderamata ISN Passport Challenge dan persembahan penutup.
Setiap pengunjung akan menerima buku mini Pasport ISN. Kumpul cop pengesahan daripada sekurang-kurangnya 10 zon aktiviti untuk melayakkan diri menebus cenderamata rasmi eksklusif ISN serta menyertai Cabutan Bertuah Utama!
Peluang unik melawat fasiliti makmal sains tertutup yang hanya digunakan oleh atlet elit negara:
Siri bengkel dan demonstrasi saintifik interaktif khas untuk pelajar sekolah, mahasiswa IPTA/IPTS, jurulatih dan guru Pendidikan Jasmani:
Sila lengkapkan borang di bawah untuk mendapatkan E-Tiket Pas Masuk Digital & Kod QR Rasmi bagi memudahkan akses ke semua zon aktiviti.
* Sila tangkap layar (screenshot) atau simpan pas ini semasa pendaftaran di tapak acara.