Ucapan Tahniah

photo

YBrs. Encik Ahmad Zawawi bin Zakaria

Tahniah diucapkan kepada YBrs. Encik Ahmad Zawawi bin Zakaria atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Sukan Negara yang berkuatkuasa pada 15 Februari 2016.

Beliau pernah berkhidmat di Institut Sukan Negara pada tahun 1996 sehingga 2007. Pada tahun yang sama sehingga tahun 2015 beliau berkhidmat di Majlis Sukan Negara dan tanggal 15 Februari 2016 yang lalu, beliau telah diberi kepercayaan oleh Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan, Encik Khairi Jamaluddin untuk menyandang jawatan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif. Dengan pengalaman yang beliau ada di dalam kedua-dua agensi ini, beliau akan dapat bersama berganding bahu bagi memastikan ISN menjadi sebuah institusi yang disegani dan bertaraf dunia.