DATO’ SERI NORZA BERBANGGA DENGAN PERKHIDMATAN SAINS SUKAN DAN SAINS PERUBATAN ISN

BUKIT JALIL, 19 Julai 2016 – Pengerusi Ahli Lembaga Institut, Dato’ Seri Mohamad Norza Zakaria melahirkan rasa bangga dengan pencapaian Institut Sukan Negara dalam memberi perkhidmatan sains sukan dan sains perubatan kepada atlet kebangsaan terutamanya dalam acara Sukan SEA Singapura yang lepas.

Beliau berkata demikian dalam Sesi Townhall ISN bagi bulam Julai yang berlangsung di Dewan Perdana.

Beliau juga menegaskan bahawa ISN adalah salah satu badan yang bertanggungjawab dalam menaikkan prestasi atlet seterusnya menjadi pendorong kepada atlet walaupun senantiasa dianggap sebagai “the unsung hero” oleh masyarakat.

Beliau berharap supaya ISN mencipta satu trend atau “trendsetter” dalam memberikan perkhidmatan bertaraf dunia kepada atlet-atlet kebangsaan.

Dalam masa yang sama, beliau turut meluangkan masa bersama-sama dengan warga ISN dalam Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat ISN yang bertempat di perkarangan Dewan Komanwel.

Turut serta bersama-sama bagi memeriahkan majlis tersebut ialah Prof Dr. Shamala serta Dato’ Paduka Mumtaz Jaafar yang juga Ahli Lembaga Institut.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti sesi karaoke dan pertandingan menganyam ketupat.


#TeamISN
#TownhallISN
#julai2016
#ISNRaya2016