Tangani masalah kesihatan

Women’s Fitness Boot camp beri penekanan cara atasi penyakit merbahaya

GEORGETOWN – Program Women’s Fitness Boot Camp siri 1/2015 adalah satu usaha Kementerian Belia dan Sukan bagi menangani masalah kesihatan dalam kelangan rakyat khususnya wanita.

Ini kerana, wanita sering kali dikaitkan dengan penyakit-penyakit merbahaya antaranya tekanan darah tinggi, kanser, diabetes dan obesity.

Melalui program ini, pendidikan dan pengetahuan disalurkan kepada peserta bengkel yang hadir.

Program ini diadakan pada 15 ogos lalu di Kompleks Belia dan Sukan Pulau Pinang dan disertai seramai 62 peserta bagi memberi sokongan kepada program yang dianjurkan Jabatan Belia dan Sukan Pulau Pinang.

Program dimulakan dengan ceramah bertajuk pemakanan sihat oleh Pegawai Belia dan Sukan (Pemakanan Sihat) daripada Institut Sukan Negara Pusat Satelit negeri, Loo Lean Hiong.

Beliau turut menekan dalam ceramahnya mengenai cara pemakanan yang betul dan sihat pada sebelah petang.

Program itu diserikan dengan ceramah kedua oleh Mariani Sanawi bertajuk senaman untuk mengelakkan kecederaan.

Program turut menampilkan persembahan aerobic tarian zumba oleh fasilitator jemputan. Muznizilawati daripada Farah Afza Fitness.

Slot iitu diselitkan dengan pembelajaran teknik yang betul untuk melakukan senaman aerobic dan tarian zumba.

Tujuan ia diadakan adalah unutk menjadikan sukan atau aktiviti senaman sebagai satu budaya dalam kehidupan seharian sekali gus melahirkan golongan wanita yang aktif dan cergas.