Taklimat Khas Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Rio 2016 dan Sukan Paralimpik Rio 2016

Bukit Jalil, 29 Jun 2016 (Rabu) – Seramai 78 orang atlet, jurulatih serta pegawai pengiring ke Sukan Olimpik Rio 2016 telah menyertai Program Taklimat Khas Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Rio 2016 dan Sukan Paralimpik Rio 2016.

Taklimat ini telah disempurnakan oleh Chef-de-Mission Sukan Olimpik iaitu Tan Sri Mohamed Al-Amin Abdul Majid. Ia juga telah disusuli dengan Taklimat Kesihatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mengenai Jangkitan Virus Zika dan “Yellow Fever” oleh Dr. Syed Sharizman dan Dr. Hj. Azmi. Seterusnya taklimat keselamatan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Sesi keempat oleh En. Mohd Reza Abd Rashid mengenai Anti Doping. Kemudian, Taklimat medikal oleh Dr. Arshad Puji dan diakhiri oleh Tim Newenham mengenai “Brazil: Do and Don’ts”.

Taklimat ini bertujuan untuk memberi informasi yang terkini serta panduan kepada kontinjen Malaysia supaya mematuhi segala arahan yang telah ditetapkan.

Diharap dengan taklimat ini kontinjen negara dapat menyiapkan diri sebelum ke Brazil seterusnya membawa balik emas pertama untuk Malaysia.

‪#‎TeamISN‬
‪#‎OlimpikRio2016‬
‪#‎MalaysiaBoleh‬
‪#‎AyuhMalaysiaku‬