Sukan Asia: Sasaran regu takraw ke final sukar – Jamaluddin

Ketua jurulatih Jamaluddin Hassan mengakui bahawa regu lelaki gagal persembahkan aksi terbaik dan episod yang sama akan berulang sekiranya layak dan menentang Thailand di separuh akhir kelak.

Selain Malaysia dan Korea Selatan, Kumpulan B terdiri daripada Brunei dan India dan Nepal manakala Thailand, diundi bersama Myanmar, China, Singapura dan Laos dalam Kumpulan A.

“Kami tiada pilihan selain memenangi baki tiga perlawanan bertemu Brunei dan India esok dan Nepal, Rabu ini untuk layak ke separuh akhir.

“Memang kecewa kerana mungkin bertemu Thailand yang jauh berbeza jika dibandingkan dengan kita, sasaran hendak ke final pun saya sukar nak kata apa-apa buat masa sekarang,” katanya.

Kali terakhir sepak takraw antara regu menghadiahkan pingat emas buat negara ialah pada Sukan Asia 1994 di Hiroshima, Jepun.

Sementara kapten regu wanita, Noor Fairuz Azizan berkata cahaya lampu stadium yang agak cerah menyebabkan rakan sepasukannya, Nurrashidah Abdul Rashid (apit kanan) gagal membuat rejaman dengan baik.

“Saya juga kecewa apabila gagal membuat servis dengan baik serta banyak membuat kesilapan.

“Kami benar-benar berharap supaya menewaskan Jepun kerana aksi berdepan Korea Selatan dan Thailand lebih sukar,” katanya.

Sumber : BERNAMA