Peranan Kami

Peranan kami untuk membantu atlet Senior Negara dan Junior kami mencapai Prestasi Optimum dalam pertandingan dengan menggunakan kaedah latihan saintifik & integrasi bersama disiplin sains sukan yang lain.

Pegawai Suaian Fizikal kami bekerjasama dengan jurulatih untuk mereka bentuk program-program khusus bagi memenuhi keperluan atlet.

Bagi atlet yang akan melalui pemulihan, pegawai suaian fizikal kami bekerjasama dengan ahli terapi untuk memastikan peralihan yang lancar sebelum atlet kembali bermain.

Pegawai Suaian Fizikal kami juga bekerjasama dengan para-atlet dalam menyediakan program – program latihan yang spesifik mengikut keperluan dan keadaan para-atlet.

Perkhidmatan Kami

  • Membangun, melaksana, memantau & menilai program latihan kekuatan dan suaian fizikal bagi atlet di bawah program Negara.
  • Untuk memantau & menilai prestasi fizikal atlet secara berterusan dan menyediakan maklum balas kepada jurulatih.
  • Untuk memberi pendidikan kepada atlet & jurulatih dalam kekuatan dan suaian fizikal melalui seminar dan bengkel.

Sebelum pelaksanaan sesuatu program kekuatan dan suaian fizikal, analisis keperluan atlet perlu dijalankan. Ini termasuk kajian literatur, pemerhatian latihan/pertandingan serta berkomunikasi dengan atlet dan jurulatih untuk memahami sukan tersebut.

Kekuatan dan kelemahan atlet dikenal pasti melalui ujian dan maklumat ini, bersama-sama dengan analisis keperluan atlet yang digunakan sebagai panduan untuk mereka bentuk program kekuatan dan suaian fizikal ini.

Pemantauan berkala dijalankan bertujuan mengukur dan mengesan kualiti fizikal tertentu untuk memastikan bahawa program kekuatan dan suaian fizikal ini adalah berkesan dan mencapai matlamatnya. Maklum balas yang diberikan kepada kedua-dua jurulatih dan atlet memastikan akauntabiliti.