Sesi Townhall ISN Januari

BUKIT JALIL, 24 Jan – Sesi Town Hall ISN yang telah berlangsung pada hari ini di Dewan Perdana telah bermula dengan tayangan video selayang pandang aktiviti dan program ISN dan diikuti dengan amanat yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Dr Mohd Khairi Zawi.

Dr Khairi memaklumkan, Tahun 2016, atlet-atlet di bawah Program Podium berjaya merangkul pingat emas, perak dan gangsa di Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Rio, Brazil. Ia merupakan satu kejayaan manis bagi kontingen Malaysia termasuk pegawai /anggota Institut Sukan Negara terutamanya mereka dari bahagian PODIUM. Tahniah diucapkan kepada mereka yang selama ini telah mengembleng tenaga dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada atlet negara.

Dalam ucapan beliau lagi, warga kerja ISN dinasihatkan tidak leka dengan situasi sekarang sebaliknya perlu lebih berwaspada di mana kes demam denggi menunjukkan peningkatan. Sentiasa memastikan persekitaran kediaman dan tempat kerja bersih dan sentiasa peka dengan kesihatan diri.

Anugerah Pekerja Terbaik bulan Januari 2017 bagi kategori pengurusan dan profesional dianugerahkan kepada pegawai daripada Jabatan Sumber Manusia, Puan Marlina Bt. Ahmad dan bagi kategori sokongan pula dianugerahkan kepada Pn. Aileen Bt. Abdol Razak dari Jabatan Pengurursan Kewangan serta En. Mohd Hasanul Manzar B. Ab. Rahim, dari Bahagian Penyelidikan dan Pendidikan.

Tahniah diucapkan kepada pasukan bolasepak ISN yang telah mendapat tempat ke-3 dari 22 penyertaan di dalam merebut piala Ketua Pengarah Mardi, syabas #TEAMISN! Majlis Town Hall di akhiri dengan meraikan warga kerja ISN dengan sambutan hari lahir bagi bulan Januari 2017.

Kami warga ISN ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua warga Malaysia yang meraikannya, semoga sambutan kali ini membawa lebih kejayaan dan keharmonian buat semua.