SELAMAT DATANG KE ISN, YB HOWARD!

LAWATAN KERJA RASMI EXCO PEMBANGUNAN BELIA & SUKAN PERAK DAN MAJLIS SUKAN NEGERI PERAK KE ISN

Bukit Jalil, 16 October 2018, – YB Howard Lee Chuan How – Exco Belia, Sukan & Pembangunan Modal Insan Perak & delegasi MSN Perak telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Institut Sukan Negara (ISN). Lawatan ini merupakan satu kaedah bagi beliau dan delegasi MSN Perak melihat sendiri tugas dan fungsi ISN dalam memberikan perkhidmatan sains, perubatan dan teknologi sukan kepada atlet-atlet negara. Lawatan delegasi MSN Perak, disambut Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Dr. Mohd Khairi Zawi, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, En. Ahmad Zawawi Zakaria dan Pengarah-Pengarah Bahagian ISN.

Program lawatan ini telah bermula jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Jasmin ISN. Antara pengisian yang telah dimuatkan dalam program ini adalah taklimat daripada ISN, yang menekankan peranan dan fungsi ISN berkaitan perkhidmatan kepada atlet-atlet negara. Delegasi turut dibawa melawat di sekitar ISN untuk melihat sendiri perkhidmatan sains dan perubatan sukan yang diberikan kepada atlet-atlet negara antaranya melawat ke bahagian fisiologi senam, biomekanik, pemakanan, psikologi, suaian fizikal, perubatan sukan dan fisioterapi.

YB Howard Lee Chuan How di dalam ucapannya merakamkan terima kasih di atas kesudian ISN menerima kunjungan beliau dan melahirkan rasa gembira diatas sambutan yang diterima dan turut kagum dengan perkhidmatan dan fasiliti yang terdapat di ISN.