Carta Organisasi Bahagian Prestasi SukanEDITED

BAHAGIAN PRESTASI SUKAN

Bahagian ini merupakan teras utama dalam pengwujudan ISN sebagai entiti penting dalam pembangunan sukan Negara. Bahagian ini berfungsi merancang dan melaksanakan program-program berteraskan aspek sains sukan dalam usaha membantu mempertingkatkan prestasi atlet Negara di setiap peringkat penglibatan khususnya daripada peringkat akar umbi hinggalah ke peringkat elit. Ia tercapai melalui penyediaan program sains sukan yang komprehensif dan sistematik berasaskan ‘Evidence – Based Practice’ dan penyelidikan dalam bidang pengkhususan. Program berunsur saintifik ini mampu membawa kejayaan kepada Negara khususnya di peringkat temasya sukan antarabangsa. Bahagian ini juga memainkan peranan sebagai peneraju dan penyelaras untuk menggembleng kepakaran dan kerjasama yang terlibat dengan pembangunan atlet ke arah program latihan yang lebih sistematik dan saintifik. Setiap penyampaian elemen sains sukan seharusnya memberi impak dan kesan positif dalam persiapan psikologikal, fizikal, taktikal dan teknikal para atlet. Bahagian Prestasi Sukan ini terbahagi kepada tiga pusat utama: Pusat Sains Sukan, Pusat Prestasi Tinggi dan Pusat Satelit. Carta organisasi, fungsi dan peranan utama pusat-pusat adalah seperti berikut :

photo

Pusat Sains Sukan

Pusat ini bertanggungjawab dalam meneroka ilmu dan amalan terkini dalam setiap bidang sub disiplin sains sukan di samping mengeluarkan ‘standard’ kepakaran dan khidmat nasihat pakar dalam bidang pengkhususan mengikut keperluan sukan. Antara sub disiplin sains sukan adalah seperti di bawah:

  • Pusat Biomekanik Sukan
  • Pusat Fisiologi Senam
  • Pusat Pemakanan Sukan
  • Pusat Psikologi Sukan
  • Pusat Suaian Fizikal
  • Pusat Pembelajaran dan Perkembangan Kemahiran

 

Fungsi Pusat Sains Sukan

  • Menyokong perkhidmatan terhadap atlit negara berteraskan ilmu dan aplikasi terkini sains sukan
  • Memastikan arah tuju dan pembangunan professional (kompetensi) staf yang selaras dengan keperluan semasa

    prestasi sukan antarabangsa

  • Membentuk dan memantau perkhidmatan sains sukan yang berlandaskan budaya kerja prestasi tinggi
  • Merangka dan merancang fasiliti, kelengkapan dan bajet termasuk penyelenggaraan pusat sains sukan
  • Merancang dan menjalankan kajian sains gunaan dan penulisan saintifik
  • Membangunkan garis panduan berkaitan prestasi sukan serta kelestarian gaya hidup aktif komuniti

 

photo

Pusat Prestasi Tinggi

Fungsi Pusat Prestasi Tinggi

  • Merancang, menyelaras dan memantau penyampaian perkhidmatan Sains, Perubatan dan Teknologi Sukan kepada sukan-sukan dibawah Program Kita Juara 2017 dan Pelapis Kebangsaan.
  • Menyediakan pelan prestasi sukan bagi kesemua 33 Sukan di dalam program Kita Juara 2017.
  • Pemantauan pelaksanaan aktiviti-aktiviti saintifik di dalam pelan prestasi sukan dan persekitaran prestasi.
  • Mengawal kelulusan kewangan bagi pelaksanaan program perkhidmatan melalui pelaksanaan Mesyuarat

    Jawatankuasa Program Prestasi Tinggi (JPPT) peringkat ISN.

  • Memberikan penyelesaian prestasi (performance solutions) melalui pelaksanaan projek-projek sains dan

    teknologi yang meningkatkan prestasi atlet dan sukan.

  • Memantau pelaksanaan program latihan, kem latihan luar negara dan persediaan pertandingan bagi semua

    sukan melalui pelaksanaan Mesyuarat Prestasi Tinggi (HPTM-High Performance Team Meeting) bersama

    pemegang taruh sukan tersebut.

  • Menyediakan laporan pemantauan prestasi program dan laporan ujian dan penilaian saintifik kepada pemegang

    taruh sukan secara berkala.

photo

Pusat Satelit

Pusat ini bertanggungjawab dalam memastikan asas perkhidmatan sains sukan dapat diaplikasikan di peringkat akar umbi di samping memupuk kesedaran dan amalan sains sukan yang lebih saintifik bagi sukan berprestasi tinggi dan seterusnya menjamin kesejahteraan hidup. Antara pusat-pusat satelit yang berfungsi di bawah pentadbiran pusat adalah seperti di bawah:

photo

Fungsi pusat satelit

  • Untuk menggalakkan dan mewujudkan ISN sebagai sebuah organisasi Sains Sukan dan Perubatan Sukan di peringkat negeri.
  • Untuk mendidik dan membimbing atlet, jurulatih & ahli sukan tentang kepentingan Sains Sukan dalam peningkatkan prestasi.
  • Untuk menyediakan produk (perkhidmatan & barangan) pengurusan (Perkhidmatan Sains Sukan dan Perubatan Sukan) kepada pemegang taruh dan komuniti sukan.