Permohonan Maklumat (RFI) bagi Perkhidmatan Pembekal Peralatan Sukan bagi Program PODIUM

Institut Sukan Negara (ISN) sedang mencari pembekal yang boleh membekalkan peralatan sukan untuk sukan-sukan dibawah Program PODIUM. Sehubungan dengan itu, proses tender akan dilaksanakan dalam masa terdekat bagi tujuan mengenal pasti pembekal. Oleh yang demikian, ISN mengalu-alukan semua pihak yang berminat untuk mengemukakan jawapan bertulis kepada Permintaan untuk Maklumat ini(RFI). Maklumat yang dikumpulkan dari RFI ini akan digunakan seterusnya untuk menyediakan dokumen Permintaan untuk Cadangan (RFP) dan mempelawa syarikat yang sesuai untuk memberi dokumen cadangan.

Program PODIUM adalah program pembangunan dan persediaan atlet elit yang terpilih untuk menghadapi Sukan Asian, Commenwealth dan Olimpik. Ianya merupakan sebuah program yang dirangka, diperinci dan dilaksanakan oleh ISN.

Sebagai makluman, RFI ini hanya untuk tujuan mendapatkan pengetahuan tentang pakej insurans dan produk perlindungan perubatan yang terdapat untuk atlet dan jurulatih dan tidak boleh dianggap sebagai komitmen, atau perjanjian untuk mendapatkan perkhidmatan, bekalan atau cadangan yang ditawarkan.

Dalam menjawab kepada RFI, syarikat-syarikat dikehendaki:

  • Mengantar profil korporat mengikut permohonan yang dilampirkan dalam Borang Maklumat A (Klik Di Sini)
  • Dalam profil korporat anda, syarikat perlu menyatakan pengalaman membekalkan peralatan sukan dan maklumat pelanggan untuk sukan-sukan berikut:

Archery

Diving

Sailing

Tenpin Bowling

Athletics

Hockey

Sepak Takraw

Weightlifting

Badminton

Karate

Shooting

Wushu

Canoeing

Lawn Bowls

Silat Olahraga

Paralympic Sports

Cycling

Rhythmic Gymnastics

Squash

Bahan yang dikemukakan sebagai rujukan kepada RFI adalah kepunyaan ISN. ISN juga tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kos yang dilakukan semasa penyediaan RFI tersebut.

Tarikh akhir bagi penyerahan RFI ialah ditetapkan pada 21st Disember 2015 (Isnin) jam 12.00pm. Sebarang jawapan hendaklah dihantar melalui e-mel kepada [email protected] , bertajuk “Sports Equipment RFI Response: <masukkan nama syarikat>”