Permohonan Maklumat (RFI) bagi Penyediaan Perkhidmatan Pemasaran bagi Program PODIUM

Institut Sukan Negara (ISN) sedang mencari pembekal yang boleh memberi perkhidmatan pemasaran untuk Program PODIUM. Sehubungan dengan itu, proses tender akan dilaksanakan dalam masa terdekat bagi tujuan mengenal pasti pembekal. Oleh yang demikian, ISN mengalu-alukan semua pihak yang berminat untuk mengemukakan jawapan bertulis kepada Permintaan untuk Maklumat ini (RFI). Maklumat yang dikumpulkan dari RFI ini akan digunakan seterusnya untuk menyediakan dokumen Permintaan untuk Cadangan (RFP) dan mempelawa syarikat yang sesuai untuk memberi dokumen cadangan.

Program PODIUM adalah program pembangunan dan persediaan atlet elit yang terpilih untuk menghadapi Sukan Asian, Commenwealth dan Olimpik. Ianya merupakan sebuah program yang dirangka, diperinci dan dilaksanakan oleh ISN.

Sebagai makluman, RFI ini hanya untuk tujuan mendapatkan pengetahuan tentang pakej insurans dan produk perlindungan perubatan yang terdapat untuk atlet dan jurulatih dan tidak boleh dianggap sebagai komitmen, atau perjanjian untuk mendapatkan perkhidmatan, bekalan atau cadangan yang ditawarkan.

Dalam menjawab kepada RFI, syarikat-syarikat dikehendaki:

  • Mengantar profil korporat mengikut permohonan yang dilampirkan dalam Borang Maklumat A (Klik Di Sini)

  • Dalam profil korporat anda, syarikat perlu menyatakan pengalaman memberi perkhidmatan pemasaran dan maklumat pelanggan serta pencapaiannya dalam:

  • Membangunkan Strategi Pemasaran

  • Strategi Penjenamaan dan Pelaksanaan

  • Memberikan Solusi Pemasaran

  • Membangunkan dan Melaksanakan Strategik Pengiklanan

  • Memberikan Perkhidmatan Penyelidikan Pemasaran

Bahan yang dikemukakan sebagai rujukan kepada RFI adalah kepunyaan ISN. ISN juga tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kos yang dilakukan semasa penyediaan RFI tersebut.

Tarikh akhir bagi penyerahan RFI ialah ditetapkan pada 2 Disember 2015 (Rabu) jam 12.00pm. Sebarang jawapan hendaklah dihantar melalui e-mel kepada Encik Zulkarnain Shazrain bin Aizam di [email protected] atau Encik. S. Pathma Seelan di [email protected].