Permintaan Maklumat (RFI) untuk Perkhidmatan Insurans dan Perlindungan Perubatan bagi Atlet dan Jurulatih dibawah Program Podium.

Institut Sukan Negara (ISN) sedang mencari pembekal perkhidmatan bagi penyediaan perkhidmatan insurans dan perlindungan perubatan kepada atlet dan jurulatih yang akan terlibat dalam Program Podium. Sehubungan dengan itu, proses tender akan dilaksanakan dalam masa terdekat bagi tujuan mengenal pasti pembekal. Oleh yang demikian, ISN mengalu-alukan semua pihak yang berminat untuk mengemukakan jawapan bertulis kepada Permintaan untuk Maklumat ini (RFI). Maklumat yang dikumpulkan dari RFI ini akan digunakan seterusnya untuk menyediakan dokumen Permintaan untuk Cadangan (RFP) dan mempelawa syarikat yang sesuai untuk memberi dokumen cadangan.

Sebagai makluman, RFI ini hanya untuk tujuan mendapatkan pengetahuan tentang pakej insurans dan produk perlindungan perubatan yang terdapat untuk atlet dan jurulatih dan tidak boleh dianggap sebagai komitmen, atau perjanjian untuk mendapatkan perkhidmatan, bekalan atau cadangan yang ditawarkan.

Program PODIUM adalah program pembangunan dan persediaan atlet elit yang terpilih untuk menghadapi Sukan Asia, Komanwel dan Olimpik. Ianya merupakan sebuah program yang dirangka, diperinci dan dilaksanakan oleh ISN.

RFI ini bertujuan untuk mengenal pasti pembekal insurans yang dapat menyediakan pakej perlindungan kepada atlet dan jurulatih. Jawapan RFI perlu mengandungi pengenalan ringkas tentang pembekal insurans, pengalaman mereka serta memberi nasihat kepada ISN mengenai standard piawaian industri, produk yang ada untuk insurans dan perlindungan perubatan yang disediakan untuk atlet dan jurulatih. Ini boleh dibuktikan dengan amalan terbaik industri dalam pengoperasian perlindungan.

RFI yang diberikan perlu merangkumi enam topik yang jelas yang dinyatakan di dalam Soal Selidik RFI. Bahan yang dikemukakan sebagai rujukan kepada RFI adalah kepunyaan ISN. ISN juga tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kos yang dilakukan semasa penyediaan RFI tersebut

Tarikh akhir bagi penyerahan RFI ialah ditetapkan pada 2 Disember 2015 (Rabu) jam 12.00pm. Sebarang jawapan hendaklah dihantar melalui e-mel kepada Encik Zulkarnain Shazrain bin Aizam di [email protected] atau Encik. S. Pathma Seelan di [email protected].

  1. Apakah pakej insurans atau produk perubatan/komponen atau tawaran standard yang diguna pakai di peringkat antarabangsa untuk atlet dan jurulatih ?
    Contoh jawapan : Standard pakej insurans adalah insurans hayat <masukkan butiran> dan pakej perubatan untuk pesakit luar di hospital kerajaan / hospital pakar kecederaan sukan <masukkan butiran>
  2. Apakah pakej insurans atau perlindungan perubatan yang standard yang diamalkan di peringkat antarabangsa untuk atlet dan jurulatih ?
    Contoh jawapan : Standard perlindungan insurans yang melindungi atlet dan jurulatih semasa latihan dan / atau pertandingan dan / atau acara sukan <masukkan butiran> dan perlindungan perubatan adalah pergigian atau rawatan kecederaan atau pembedahan untuk kecederaan sukan <masukkan butiran>
  3. Adakah terdapat sebarang pakej insurans atau faedah perubatan yang melindungi para atlet dan jurulatih atau sukan di Malaysia ? Jika ya sila jelaskan. Selain itu, adakah perlindungan tersebut diamalkan di negara-negara lain di rantau Asia Tenggara ?Contoh jawapan : Di Malaysia, <masukkan nama sukan atau atlet> sedang dilindungi oleh <masukkan nama produk / perlindungan>. Tidak ada perlindungan di Malaysia. Bagaimanapun di Singapura <masukkan butiran> .
  4. Apakah pakej perlindungan insurans perjalanan yang disediakan untuk para atlet dan jurulatih ketika menjalani latihan dan apabila mereka menyertai acara sukan di luar negara?
    Contoh jawapan : Pakej insurans yang disediakan untuk para atlet dan jurulatih ketika perjalanan dan menjalani latihan di luar negara adalah meliputi <masukkan butiran> dan pakej perubatan adalah rawatan pesakit luar di hospital kerajaan / sukan hospital pakar kecederaan <masukkan maklumat lanjut>
  5. Apakah jenis perlindungan perubatan yang disediakan untuk para atlet dan jurulatih semasa latihan dan acara sukan di luar negara?
    Contoh jawapan : Pakej perlindungan insurans perjalanan yang disediakan merangkumi perlindungan untuk kecederaan yang dialami semasa latihan dan / atau pertandingan dan / atau acara sukan untuk atlet atau jurulatih <masukkan butiran lanjut> dan perlindungan perubatan untuk pergigian adalah <masukkan butiran> dan syarat perubatan lain adalah <masukkan butiran>.
  6. Apakah pakej insurans dan perlindungan perubatan untuk atlet Paralimpik ?
    Contoh jawapan : Pakej insurans yang disediakan untuk atlet Paralimpik termasuk < masukkan butiran >