BAHAGIAN PENYELIDIKAN, PENDIDIKAN & INOVASI SUKAN

1. Cawangan Pengurusan Penyelidikan

  • Merancang, mengendali, menyelaras dan memantau isu-isu mengenai urus tadbir penyelidikan seperti pengurusan geran penyelidikan, penyelarasan penyelidikan, kawalan dan pemantauan penyelidikan serta penerbitan hasil dapatan dan laporan penyelidikan.
  • Memudahcarakan proses perlindungan harta intelek bagi hasil dapatan penyelidikan.
  • Menyelaras dan menyebarkan maklumat berkaitan polisi, peraturan, garis panduan dan prosedur pelaksanaan penyelidikan bagi menggalakkan dan mempromosi aktiviti penyelidikan sukan.

2. Cawangan Pendidikan Profesional

  • Membangunkan kurikulum sains, perubatan dan teknologi sukan bagi program latihan dan pendidikan kepada penggiat sukan.
  • Menyediakan program latihan dan pendidikan yang berstruktur dan berterusan kepada penggiat sukan.
  • Menjadikan ISN sebagai hab latihan dan pendidikan khas profesional yang terpilih dari dalam dan luar negara.
  • Meningkatkan dan melahirkan lebih ramai sumber tenaga yang berkualiti dan berkompetensi tinggi.
  • Meluaskan jaringan kolaborasi ISN dengan pihak berkepentingan (stakeholder), institusi dalam dan luar negara dan komuniti.

3. Cawangan Penyelidikan & Pembangunan Teknologi Sukan

  • Menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang kejuruteraan dan teknologi sukan dalam meningkatkan tahap penghasilan teknologi dan inovasi dalam membantu meningkatkan prestasi sukan negara.

4. Cawangan Penyelidikan Sains Senaman & Gaya Hidup Sihat

  • Mengendalikan penyelidikan melalui kajian kaedah dan langkah saintifik berkenaan sains senaman, gaya hidup sihat dan psikososial sukan terhadap sub-kumpulan sasaran dan komuniti.

5. Cawangan Penyelidikan Sains Sukan Lanjutan

  • Menjalankan penyelidikan melalui aplikasi sains sukan lanjutan dalam meningkatkan prestasi atlet sukan negara ke tahap optimum serta membantu dalam meningkatkan tahap kesihatan komuniti umum melalui pendekatan secara saintifik.