PANDELELA DITABAL ATLET TERBAIK SAM-100PLUS BUAT KALI KETIGA

Petaling Jaya: Penerjun olimpik negara, Pandelela Rinong dipilih sebagai Atlet Terbaik SAM – 100PLUS 2015 dalam Majlis Anugerah SAM – 100PLUS yang berlangsung disini malam tadi. Pandelela,23tahun, menewaskan 4 calon lain termasuk jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, pemain skuasy Datuk Nicol Ann David, juara dunia silat Mohd Al-Jufri Jamari dan bintang wusyu, Loh Jack Chang menerusi undian ahli-ahli SAM. Ini merupakan gelaran ketiga Pandelela yang pernah memenangi anugerah ini pada 2010 dan 2012.

Pandelela yang kini sedang beraksi dikejohanan terjun siri dunia di Windsor, Kanada menyifatkan kemenangan ini sebagai pembakar semangat untuknya terus menjulang nama negara di pentas antarabangsa.

“Saya sangat gembira dengan kemenangan ini, dan sudah pasti ianya memberikan suntikan moral yang sangat positif untuk terus beraksi cemerlang dalam setiap kejohanan, dan sudah tentu paling utama di SukanOlimpik Rio Ogos nanti”katanya yang dihubungi menerusi siding video pada majlis tersebut. Pandelela memenangi trofi dan wang tunai RM10,000.00. Hadiah disampaikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri  Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam pada itu, wartawan akhbar The Malay Mail, Haresh Singh muncul sebagai pemenang pertama Anugerah Siebel, pengiktirafan tertinggi untuk warga kewartawanan sukan, menerusi laporannya yang bertajuk “Tamper or Hide.” Lapoaran berhubung penyelewengan dalam  Konfederasi Bola sepak Asia (AFC) itu turut memenangi Anugerah Laporan Berita Terbaik kategori media cetak. Kemenangan itu menyaksikan Haresh Singh membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,500.00 dan trofi.

 

Senarai Penerima Anugerah SAM – 100PLUS 2015

Atlet Terbaik – Pandelela Rinong ( terjun )

Anugerah Siebel – Haresh Singh ( The Malay Mail )

Atlet Muda Terbaik – Goh Jin Wei ( badminton )

Persatuan Dinamik – Persatuan Wushu Malaysia

Anugerah Khas SAM 100PLUS – JDT FC

Laporan Berita Terbaik ( media cetak ) – Haresh Singh ( The Malay Mail )

Laporan Berita Terbaik ( media elektronik ) – Nur Zatil Dzulkifli ( TV3 )

Ulasan Berita Terbaik ( media cetak ) – Karina Imran, Nur Syabila Shukri ( BERNAMA )

Ulasan Berita Terbaik ( media elektronik ) – Baharunnurdalila Baharudin ( RTM )

Laporan Khas Terbaik – AidaAdilah Mat, FerzalfieFauzi, SaifulAffendySapran

( Harian Metro )

Fotografi Sukan Terbaik – AnuarIsman ( BERNAMA )

 

 

SUMBER : SAM