Nauraj Singh Turut Layak Ke Olimpik Rio

KUALA LUMPUR, 28 April — Atlet lompat tinggi negara, Nauraj Singh Randhawa yang memecahkan rekod kebangsaan sekali gus layak menempah tiket ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro selepas meraih pingat emas pada Kejohanan Olahraga Terbuka Singapura hari ini.

Nauraj, 24, memecah rekod kebangsaan dengan lompatan 2.29 meter pada kejohanan itu yang menyamai had kelayakan ke Sukan Olimpik.

Kejayaan beliau itu sekali gus memperbaharui rekod kebangsaan 2.27 meter yang dipegang Lee Hup Wei sejak 2010.

Beliau akan bersama-sama dengan 12 atlet yang lain iaitu Pandelela Rinong, Cheong Jun Hoong, Wendy Ng Yan Yee, Ooi Tze Liang dan Nur Dhabitah Sabri (terjun); Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapa (berbasikal); Jonathan Wong (menembak); Welson Sim (renang); Khairul Anuar Mohamad (memanah) serta Khairulnizam Mohd Afendy dan Nur Shazrin (pelayaran) dalam misi memburu pingat di Sukan Olimpik Rio 2016.

 

 

#TeamKBS

#Rio2016

#RoadToRio

#KitaHighPerformance

#HighPerformance