MESYUARAT KHAS PERUMUSAN INDIKATOR KECERGASAN ASEAN/FORMULATION OF THE ASEAN FITNESS INDICATORS (AFI)

NurafikaBerita

Asean

Bangkok, Thailand 27 & 28 Februari 2017 – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebagai focal point bagi isu belia dan sukan di Malaysia telah menerima jemputan daripada Jabatan Pendidikan Jasmani, Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand (Department of Physical Education, Ministry of Tourism and Sports of Thailand) melalui Sekretariat ASEAN bagi penganjuran Special Meeting on the Formulation of the ASEAN Fitness Indicators pada 27 dan 28 Februari 2017 bertempat di Hotel Twin Towers, Bangkok, Thailand.

Objektif utama pelaksanaan mesyuarat khas ini adalah bagi perkongsian data mengenai petunjuk kesihatan dan kecergasan yang biasa digunakan di negara-negara ASEAN.

Dua (2) orang pegawai telah mewakili Malaysia ke mesyuarat khas tersebut iaitu En.Shahrizul Harizam Bin Abd Samad dari Cawangan Kecergasan Nasional Bahagian Pembangunan Sukan, Kementerian Belia dan Sukan dan En.Mohd Zaid Bin Mohd Ghazali dari Bahagian Penyelidikan dan Pendidikan, Institut Sukan Negara Malaysia.

Wakil-wakil dari negara anggota ASEAN telah diminta untuk membentangkan slaid berdurasi 10 hingga 15 minit mengenai petunjuk kesihatan dan kecergasan yang biasa digunakan di negara masing-masing serta berkongsi maklumat-maklumat lain yang dapat memberikan manfaat kepada objektif pelaksanaan mesyuarat AFI tersebut.

En.Mohd Zaid Bin Mohd Ghazali, pegawai dari Institut Sukan Negara Malaysia merupakan pembentang dari Malaysia.

#TeamISN

En.Mohd Zaid Bin Mohd Ghazali, pegawai dari Bahagian Penyelidikan dan Pendidikan, Institut Sukan Negara Malaysia selaku wakil Malaysia telah menerima cenderamata penghargaan daripada pihak penganjur, Ms. Daranee Likhitworasak (Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Jasmani, Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand) Foto- Jurugambar rasmi