Majlis Penyerahan Projek Pembangunan Indeks Kebolehupayaan Atlet Malaysia (IKAM) Berdasarkan Pengesahan Corak Ujian Kecergasan Dan Program Mengenal Bakat

3 April 2017, UniSZA-Sekitar Majlis Penyerahan Projek Pembangunan Indeks Kebolehupayaan Atlet Malaysia (IKAM) Berdasarkan Pengesahan Corak Ujian Kecergasan Dan Program Mengenal Bakat.
Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh En Nik Haris bin Nik Ibrahim, Pengarah Kewangan ISN dan Profesor Madya Dr. Hafizan Juahir, Pengarah Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur UniSZA dan disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UniSZA, Profesor Madya Ir. Dr. R. Badlishah bin Ahmad.