KURSUS SAINS SUKAN TAHAP 1

BUKIT JALIL, 7 MAC 2016 – Akademi Kejurulatihan Kebangsaan di bawah Institut Sukan Negara menganjurkan Kursus Sains Sukan Tahap 1.  Kursus ini yang telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) ISN, YBrs. Encik Ahmad Zawawi akan bermula dari 7 – 11 Mac 2016 di Dewan Perdana, ISN.

Kursus Sains Sukan ini merupakan salah satu komponen di bawah Skim Persijilan Kejuluratihan Kebangsaan (SPKK). SPKK adalah satu program pembangunan kejurulatihan yang seragam dan berterusan dan antara lain ialah untuk meningkatkan pengetahuan jurulatih dalam ilmu kejurulatihan khususnya aspek sains sukan ke arah memajukan prestasi atlet demi kecemerlangan sukan untuk negara.

Seramai 230 peserta menyertai kursus ini. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar universiti, jurulatih, guru dan sebagainya. Terdapat 10 unit yang akan dijalankan sepanjang kursus antaranya, Falsafah Sukan, Sukan di Malaysia, Anatomi dan Fisiologi Sukan, Asas Biomekanik, Kesesuaian Fizikal, Pemakanan Sukan, Kompetensi Kejurulatihan, Psikologi Sukan, Tingkah Laku Motor dan Perubatan Sukan.

 

post AKK1