Kontinjen Negeri Sembilan persiapkan diri menjelang SUKMA 2016

7 JUN 2016 – Program Kem 1 Misi 1 Aspirasi yang telah diadakan pada 31 Mei hingga 2 Jun 2016 telah dianjurkan oleh Majlis Sukan Negeri, Negeri Sembilan melibatkan seramai 200 orang Kontinjen Negeri Sembilan terdiri daripada atlet, jurulatih, Pegawai MSN serta melibatkan semua pegawai dan anggota Satelit Negeri Sembilan bagi mengendalikan kem tersebut.
Tujuan Program ini adalah untuk memupuk semangat sepasukan dan jati diri di kalangan atlet dan jurulatih bagi mempersiapkan atlet-atlet Negeri Sembilan menjelang Sukan Malaysia (SUKMA 2016).
Antara aktivti yang telah disediakan oleh Pegawai Satelit ISN seperti morning workout, war cry dan physical mind&emotion Game.
Diharapkan hasil daripada Program ini atlet-atlet serta jurulatih dapat memberikan aksi yang terbaik di SUKMA 2016 nanti.

‪#‎TeamISN‬
‪#‎PusatSatelit‬
‪#‎ISNMalaysia‬