carta

 

MAKLUMAT AM

Memastikan pengurusan Kewangan dan Perakaunan Institut Sukan Negara dilaksanakan dengan cekap dan teratur selaras dengan peratutan dan tatacara serta prosedur kewangan yang berkuatkuasa. Bahagian ini terbahagi kepada tiga (3) Jabatan iaitu Jabatan Pengurusan Kewangan, Jabatan Akaun dan Jabatan Pembangunan Perniagaan. Fungsi dan peranan utama Jabatan-jabatan ini adalah seperti berikut:-

 

JABATAN PENGURUSAN KEWANGAN

Objektif

Membantu Pengurusan dalam perancangan perbelanjaan dan perolehan secara cekap dan teratur serta memberi khidmat sokongan kewangan kepada semua Bahagian/Pusat/Jabatan di Institut supaya segala aktiviti dan program dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.

 

Fungsi

  • Menguruskan perolehan dan pembelian bagi bekalan dan perkhidmatan untuk Institut menerusi tatacara perolehan secara berikut:-
  1. Pembelian Terus;
  2. Sebutharga; dan
  • Tender
  • Mengurusetia Jawatankuasa Sebutharga Institut
  • Mengurusetia Lembaga Perolehan A dan B Institut
  • Menguruskan pemantauan, pengumpulan dan penyelarasan maklumat perolehan Institut
  • Menguruskan daftar syarikat pembekal
  • Mengurus pembayaran ke atas semua tuntutan bagi perkhidmatan dan bekalan yang telah dilaksanakan
  • Mengurus pembayaran mengurus Institut seperti emolumen, bil, tuntutan pegawai dan lain-lain bayaran
  • Menyediakan bajet tahunan bagi Institut
  • Memberi khidmat nasihat mengenai pengurusan kewangan

 

JABATAN AKAUN

 Objektif

Memastikan sistem pengurusan perakaunan dan kewangan Institut diperakaunkan dengan tepat dan mematuhi peratutan perakaunan yang berkuatkuasa dan menyediakan data-data serta maklumat perakaunan yang tepat bagi penyediaan Penyata Kewangan Institut yang berkualiti dan mengikut jadual.

Fungsi

  • Penyediaan Penyata Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember bagi Institut
  • Mengurus perakaunan dan penyediaan laporan kewangan Institut
  • Menyedia Penyata Penyesuaian bank untuk Institut
  • Membuat pelaburan-pelaburan yang melibatkan instrument kewangan bagi pihak Institut
  • Mengurus pengeluaran resit rasmi bagi penerimaa untuk semua hasil Institut

 

JABATAN PEMBANGUNAN PERNIAGAAN

 Objektif

  • Merancang, mengurus dan memantau program/projek pembangunan Institut dibawah Rancangan Malaysia (RMK-10) dan (RMK -11).
  • Merancang, mengkoordinasi dan menjalankan segala urusan pembangunan pengkomersilan, perniagaan dan penajaan serta pelaksanaan proses perniagaan di Institut

Fungsi

  • Merancang dan menyelaras penyediaan Bajet bagi program/projek Pembangunan ISN (tahunan & Rancangan Pembangunan Lima Tahun)
  • Menyelaras sistem maklumat dalam Sistem Pemantauan Projek (SPP II)
  • Memantau prestasi perbelanjaan program/projek pembangunan ISN
  • Uruselia Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Institut
  • Menyelaras penilaian program/projek Pembangunan Institut
  • Merancang & menyelaras penyediaan Bajet bagi program/projek pembangunan pengkomersilan, perniagaan dan penajaan Institut
  • Menjalankan perancangan strategik dan pelaksanaan program/projek pembangunan pengkomersilan, perniagaan dan penajaan Institut
  • Menyelaras dan menyediakan Indeks Penunjuk Prestasi (KPI) perniagaan
  • Uruselia Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Perniagaan Institut