KECEDERAAN UTAMA KETIKA BERENANG

NurafikaArtikel, Atlet & Jurulatih, Komuniti

Default

Tahun 2015 menjadi sejarah buat sukan renang apabila perenang muda dari Amerika Syarikat yang berusia 17 tahun iaitu Katie Ledecky mula mencuri tumpuan dunia selepas merangkul banyak kejuaraan sepanjang kejohanan renang domestik dan antarabangsa. Lebih menarik, perenang tiga rekod dunia bagi acara 400m, 800m, dan 1500m yang dipecahkannya ketika Kejohanan Renang Pan Pacific di Gold Coast, Australia pada Ogos tahun lalu. Seperti beliau, kita juga boleh memperolehi banyak kebaikan melalui sukan air ini, namun keselamatan perlu dititikberatkan supaya dapat mengelakkan kecederaan. Antara kecederaan yang cukup sinonim dengan sukan renang adalah seperti berikut:

 

  1. Shoulder Instability

Sendi bahu mudah cedera keranan digunakan secara berulang-ulang. Sendi bahu berbentuk seakan golf tee, bertemu dengan tulang pada bahagian lengan atas. Shoulder stability menyumbang kepada kecederaan lain seperti bursitis dan impingement syndrome.

 

2. Meniscus Deterioration

Meniscus; lapisan kartilej melindung tulang bawah kaki daripada tulang atas kaki pada lutut. Sepanjang jangka hayat, lapisan kartilej ini boleh menjadi nipis. Ia menyebabkan impak antara bahagian tulang atas dan tulang pawah. Meniskus boleh menjadi haus dan menyebabkan keradangan melalui aktiviti pergerakan.

 

3. Weak Hamstrings

mekanisme tubuh menghalang seseorang daripada terus melakukan aktiviti di mana otot kaki tidak cukup kuat untuk melakukannya. Lutut bengkak dan aktiviti jadi sukar dan sakit. Perenang merasai kesakitan lutut apabila berenang. Dengan rehat, bengkak dan kesakitan akan berkurangan dan aktiviti boleh disambung semula. Mulakan secara perlahan-lahan dan binanya secara berperingkat. Jika diabaikan, akan menjadi teruk.