ISN Lecture Series 2/2016

BUKIT JALIL, 18 Ogos 2016 – ISN Lecture Series 2/2016 telah berlangsung semalam dengan kehadiran seramai 100 orang peserta. Ianya terdiri daripada Persatuan Sukan, Atlet, Jurulatih, Pengurus Sukan, pelajar dari Higher Learning Institution serta pelajar-pelajar universiti. Ia adalah kerjasama antara ISN dan Pusat Sukan Universiti Malaya.

Pada siri kali ini ISN telah menjemput Dr Gurmit Dhillon seorang pakar psikologi dari Talking Therapist, Goodmayes Hospital United Kingdom dipanggil untuk berkongsi pengalaman beliau dalam bidang psikologi sukan. Topik yang dibincangkan adalah “Mental Health of Athelets and Treatment Approach”.

Pada penghujung Lecture Series ini, Dr. Vellapandian telah menyampaikan sijil penghargaan kepada Dr. Gurmit dan diakhiri dengan sesi bergambar bersama semua staff ISN yang hadir pada ceramah ini.⁠⁠⁠⁠