117 Atlet Dipilih Sertai Program Podium 2017

IqbalAtlet & Jurulatih, Berita, Podium

photo

KUALA LUMPUR: Sejumlah 117 atlet dipilih menyertai Program Podium di bawah seliaan Institut Sukan Negara (ISN) tahun ini, berbanding 97 atlet tahun lepas, dengan matlamat untuk meraih pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo. Senarai baru berkenaan menyaksikan 33 muka baharu diserap dalam program berprestasi tinggi itu, bagi menggantikan pemain skuasy wanita Delia Arnold dan atlet angkat … Read More

ISN UMUM KRITERIA PEMILIHAN ATLET PODIUM PROGRAM 2017

IqbalAktiviti & Program, Atlet & Jurulatih, Berita, Podium

photo

KRITERIA PEMILIHAN ATLET PODIUM PROGRAM 2017 Pengumuman ini bertujuan untuk memastikan setiap atlet berkemampuan menunjukkan berprestasi tinggi dalam menghasilkan pencapaian berkelas dunia semasa di Kejohanan Sukan Antarabangsa, melalui pendekatan berprestasi tinggi dan pengkaedahan saintifik. Ini adalah juga untuk memastikan Program PODIUM memilih atlet yang bukan sahaja pernah memenangi pingat pada masa lalu tetapi mungkin pada masa akan datang. Matlamat Prestasi Sukan Olimpik: Pingat Emas Pertama di Tokyo 2020 Sukan Komanwel: 10 Teratas … Read More

PEMENANG PINGAT SUKAN PARALIMPIK TERIMA HABUAN KERETA DAN RUMAH DARI NAZA

NurafikaAtlet & Jurulatih, Berita, Podium, Rio 2016

pic 1

KUALA LUMPUR, 10 Oktober 2016 –  Naza Corporation Holdings (Naza) menyampaikan ganjaran berjumlah hampir RM1.5 juta kepada tiga pemenang pingat emas dan satu gangsa pada temasya Sukan Paralimpik di Rio de Janeiro, Brazil bulan lalu. Hanjaran tersebut disampaikan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat terbabit, SM Nasaruddin SM Nasimuddin dalam satu Majlis Penyerahan Sumbangan yang diadakan di Menara Naza. Tiga … Read More

Olimpian Negara disambut dengan meriah!

NurafikaBerita, Podium, Rio 2016

default picture

SEPANG, 24 Ogos 2016 – Kira-kira 3,000 penyokong sukan tanahair menyambut ketibaan atlet Sukan Olimpik Rio di Kompleks Bunga Raya di sini. Mereka yang tiba dengan pesawat EK408 pada pukul 2.23 petang sebelum dibawa dengan bas ke Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disambut dengan siraman penghormatan oleh pihak MAHB, selain penghormatan menerima kalungan bunga daripada Perdana … Read More

TAHNIAH Kontinjen Malaysia ‪#‎Rio2016‬

NurafikaBerita, Podium, Rio 2016

default pic

Kemenangan pingat Perak melengkapkan kejayaan Kontinjen Malaysia di edisi Sukan Olimpik #Rio2016. Prestasi atlet Malaysia pada edisi Sukan Olimpik kali ini merekodkan satu pencapaian terbaik yang pernah dilakukan sejak penyertaan kali pertama di edisi Melbourne 1956. Malaysia berjaya meraih lima pingat – empat perak menerusi gandingan penerjun negara Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong dalam acara terjun 10 meter platform … Read More

Beregu Negara Meraih Pingat Perak

NurafikaBerita, Podium, Rio 2016

default pic

Rio de Janeiro, 18 Ogos 2016 – Pasangan beregu badminton negara, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong berjaya meraih pingat perak Olimpik setelah 20 tahun kemarau dalam kategori beregu lelaki. Kali terakhir, pasangan beregu Yap Kim Hock dan Cheah Soon Kit memenanginya pada edisi Sukan Olimpik Athens 1996. Beregu negara terpaksa akur kepada beregu China, Fu Haifeng-Zhang Nan yang … Read More

Kejayaan AzizulHasni sesuatu yang luar biasa

NurafikaBerita, Podium, Rio 2016

default pic

Institut Sukan Negara (ISN) menganggap kejayaan pingat gangsa Sukan Olimpik diraih Azizulhasni Awang dalam berbasikal keirin lelaki sesuatu yang luar biasa, umpama misi mustahil yang berjaya dilaksanakan oleh pelumba bertubuh kecil.  Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Dr. Mohd. Khairi Zawi berkata, Azizulhasni telah membuktikan konsep ‘anthropometrical superiority’ (saiz dan bentuk fizikal sentiasa beri kelebihan dalam sukan) telah ditolak sejak awal 1990-an menerusi kajian … Read More

Peng Soon – Liu Ying mara ke peringkat akhir badminton di Sukan Olimpik Rio

NurafikaAtlet & Jurulatih, Berita, Podium, Rio 2016

default pic

Beregu Campuran Negara Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying melakar sejarah apabila berjaya melangkah ke perlawanan akhir setelah menewaskan saingan mereka dari China, Xu Chen-Ma Jin, dengan straight set, 21-12, 21-19. Mereka dilihat tidak mengalami kesukaran untuk menewaskan pasangan dari China itu dalam set yang pertama dengan menang mudah 21-12. Pada set kedua mereka menerima tentangan daripada pasangan dari … Read More

Taklimat Khas Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Rio 2016 dan Sukan Paralimpik Rio 2016

NurafikaBerita, Podium, Rio 2016

default

Bukit Jalil, 29 Jun 2016 (Rabu) – Seramai 78 orang atlet, jurulatih serta pegawai pengiring ke Sukan Olimpik Rio 2016 telah menyertai Program Taklimat Khas Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Rio 2016 dan Sukan Paralimpik Rio 2016. Taklimat ini telah disempurnakan oleh Chef-de-Mission Sukan Olimpik iaitu Tan Sri Mohamed Al-Amin Abdul Majid. Ia juga telah disusuli dengan Taklimat Kesihatan dari … Read More

Team Podium Malaysia menghadiri Bengkel Media bersama Sports Warrior Global

NurafikaBerita, Podium

DEFAULT

Bukit Jalil, 23 Jun 2016 (Khamis)- Seramai 27 orang atlet podium dari sukan tenpin bowling, badminton, squash,memanah, olahraga (paralimpik), pelayaran (paralimpik) dan sepak takraw telah menyertai Bengkel Media yang dianjurkan oleh Bahagian Podium, ISN dengan kerjasama Sports Warrior Global di Dewan Komanwel, ISN. Bengkel yang bermula seawal 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari ini dikendalikan oleh En. Raymond Phoon dan … Read More