BENGKEL TRAINING OF TRAINER GANGGUAN SEKSUAL (ALL WOMEN’S ACTION SOCIETY)

17 Mac 2019. All Women’s Action Society telah menganjurkan satu bengkel bertajuk Sexual Harassment Training of Trainer bertujuan untuk melatih peserta mengendalikan program yang berkaitan dengan lebih efektif. Pihak penyelidik kajian  ISN bertajuk Constructing the Code of Practice and Policy on the Prevention and Elimination of Sexual Harassment in Sports mengikuti bengkel tersebut sebagai persediaan untuk pelaksanaan kajian. Konsultan bengkel iaitu Madam Betty Yeoh merupakan seorang aktivis daripada badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang banyak terlibat dalam pembentukan polisi berkaitan gangguan seksual di Malaysia. Peserta bengkel turut diberi input secara lebih jelas mengenai gangguan seksual dan mereka dapat meluaskan perhubungan dengan badan-badan pertubuhan bukan kerajaan yang lain.