ISN Pantau Rapi Persiapan Badrul dan Khairul di Poland

JERMAN, 14 Julai 2016 – Empat orang atlet olahraga negara telah akan bersaing pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2016 dan Kejohanan Dunia B20 IAAF di Bydgoszcz, Poland.

Kejohanan Dunia B20 IAAF akan berlangsung pada 19-24 Julai ini, manakala acara olahraga SUKMA akan bermula pada 26-29 Julai.

Semua atlet tersebut iaitu pelari pecut, Badrul Hisyam Abdul Manap dan Khairul Hafiz Jantan serta dua atlet lompat kijang, R. Kirthana dan Mohd. Rizzua Haizad juga sedar dengan risiko yang bakal mereka hadapi berikutan perlu bersaing dalam dua kejohanan yang mempunyai tempoh masa yang amat dekat.

Berikutan daripada itu, pihak ISN telah menyediakan dua pakar dari perubatan sains dan sains sukan dalam membantu dalam proses pemulihan, kecergasan fizikal dan sebagainya  sepanjang tempoh latihan, penyesuaian dan penyertaan di kejohanan dunia sehinggalah ke Sukma di Kuching

Dua orang pakar tersebut ialah Norhayati Mohd Jali dari Pusat  Fisioterapi dan Rehabilitasi Sukan serta Jad Adrian Washif dari Pusat Suaian Fizikal. Mereka ini akan membantu keempat-empat atlet tersebut supaya mereka sentiasa bersedia untuk bertanding.

Atlet juga akan dipantau dari segi pemakanan dan rehat yang teratur semasa Kejohanan Dunia IAAF serta dalam proses pemulihan fizikal dan mental untuk bertanding di SUKMA Sarawak nanti.

Badrul Hisyam Abdul Manap dan Khairul Hafiz Jantan layak ke Kejohanan Remaja Dunia untuk acara 100m dan 200m manakala Kirthana Ramasamy dan Mohd Rizzua Haizad Muhamad masing-masing layak dalam acara lompat kijang wanita serta 110m lari berpagar lelaki.

 

poland4               poland2