APA ITU TIROID?

NurafikaArtikel, Komuniti

Kelenjar tiroid berfungsi mengeluarkan dua jenis hormon iaitu hormon tiroksin dan hormon triiodotiroksin. Hormon ini mengawal metabolisme (pengeluaran tenaga) manusia. Jika tiroid tidak berfungsi dengan sempurna, ia memberi kesan terhadap aspek kesihatan, terutama berat badan, kemurungan dan tahap tenaga.
Dengan metabolisme tinggi, anda mungkin berasa panas dan sebaliknya. Jadi kelenjar tiroid membantu fungsi badan berjalan pada kadar selamat dan berkesan. Kawalan kelenjar ini dilakukan oleh kelenjar pituari pada otak melalui hormone perangsang tiroid. Apabila aras hormone tiroid tinggi akan berlaku penyakit hipertiroidisme dan jika sebaliknya penyakit hipotiroidisme yang akan berlaku.

Penyakit hipotiroidisme

Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid tidak berfungsi secara optimum sehingga hormon tidak dikeluarkan secukupnya. Lazimnya, penyakit hipotiroidisme disebabkan keradangan pada

Kalenjar tersebut yang dipanggil tiroiditis. Penyakit ini akan merangsang pertahanan badan untuk mengeluarkan antibody terhadap tiroid. Ini merangsang kalenjar tiroid bekerja lebih kuat  dan kalenjar akan membesar yang dipanggil goiter. Apabila ini berlaku kalenjar tiroid tidak lagi mampu mengeluarkan hormone yang diperlukan oleh badan.

Simptom penyakit ini seperti bengkak kaki, ingatan terganggu, lembab, malas, kuat tidur, badan sering terasa sejuk dan boleh mengakibatkan masalah jantung jika tidak segera dirawat.

Penyakit hipertiroidisme

Hipertiroidisme berlaku apabila kelenjar tiroid terlalu aktif dan menghasilkan terlalu banyak hormon tiroksin. Penyakit Grave adalah penyebab utama peningkatan aktiviti kelenjar. Simptom hipertiroidisme adalah hilang berat badan, kerap buang air besar, berpeluh, berdebar-debar, menggeletar, penglihatan terjejas dan bertambah selera makan.

Antara kaedah rawatan adalah dengan pengambilan ubat-ubatan, rawatan iodine beradioaktif serta pembedahan.

Berikut adalah makanan yang boleh diamalkan bagi meredakan tiroid:

1. Seaweed atau rumpai laut
Rumpai laut adalah sejenis algae yang terbahagi kepada 3 kumpulan warna utama iaitu hijau, merah dan coklat. Secara amnya seaweed ini berupa makanan bersifat alkali dan mengandungi pelbagai khasiat di antaranya mengandungi iodine yang diperlukan oleh kalenjar tyroid. Memandangkan kandungan iodine yang tinggi di dalam seaweed pengambilan seaweed mestilah di dalam jumlah yang sederhana.

2. Kacang Brazil
Kacang brazil mengandungi banyak nutrien antaranya selenium yang boleh membantu hormon tiroid. Melalui satu kajian pada tahun 2001 oleh researchers di Perancis adalah didapati wanita yang memakan selenium pada jumlah yang banyak adalah kurang berisiko mempunyai goiters dan kemusnahan tisu tiroid berbanding yang langsung tidak mengambil silenium. Tetapi jumlah selenium yang perlu diambil seharian mestilah tidak melebihi 400 mikrogram kerana selenium boleh menyebabkan keguguran rambut, nafas berbau dan juga kegagalan jantung.

3. Daging dan ayam
Kedua-dua daging dan daging ayam merupakan sumber protin yang tinggi selain ianya mengandungi nutrien zink yang penting untuk melawan penyakit tiroid.

4. Ikan
Ikan merupakan salah satu sumber utama iodine. Melalui satu pemerhatian adalah didapati mereka yang tinggal jauh dari laut lebih tinggi risiko mengalami tiroid. Antara jenis ikan yang mengandungi iodin pada jumlah yang bagus ialah ikan kod dan tuna.

5. Makanan laut
Makanan laut seperti udang kara, Alaskan crab dan udang merupakan sumber iodine yang bagus.

6. Telur
Merupakan sumber protin yang murah dan mudah didapati. Namun begitu pesakit tiroid mestilah menghindar putih telur.

7. Beries
Buah-buahan beries yang mempunyai rasa masam manis ini mengandung vitamin A, vitamin B, vitamin C, vitamin B2, vitamin B3, vitamin B5, vitamin B6, kalsium, magnesium, sodium, potasium, seng, besi, asam folat, beta karoten, vitamin E, vitamin K serta anti-oksidan yang tinggi. Ianya bagus di ambil oleh pesakit tiroid

8. Brokoli, bunga kobis
Kedua-dua sayuran ini mengandungi vitamin A,B,C dan K yang tinggi serta sejumlah mineral seperti kalsium dan zat besi yang bagus untuk kesihatan. Merupakan anti oksidan yang bagus untuk kesihatan disamping berfungsi meningkatkan sistem imun badan dan efektif mencegah kanser.

9. Produk tenusu

Pesakit tiroid juga perlu mengelakkan makanan seperti berikut:

• Makanan gorengan
• Makanan berkolestrol tinggi seperti udang, organ dalaman dan kulit ayam
• Makanan yang mengandungi bahan pengawet
• Minuman beralkohol
• Makanan segera seperti makanan ringan

Dengan sedikit panduan yang diberikan ini akan dapat membantu anda serta mereka yang berkenaan untuk mencegah dari mendapat penyakit tiroid atau pun mengurangkan kesan simpton penyakit trsebut