TAHNIAH Kontinjen Malaysia ‪#‎Rio2016‬

Kemenangan pingat Perak melengkapkan kejayaan Kontinjen Malaysia di edisi Sukan Olimpik #Rio2016. Prestasi atlet Malaysia pada edisi Sukan Olimpik kali ini merekodkan satu pencapaian terbaik yang pernah dilakukan sejak penyertaan kali pertama di edisi Melbourne 1956.

Malaysia berjaya meraih lima pingat – empat perak menerusi gandingan penerjun negara Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong dalam acara terjun 10 meter platform seirama, pasangan beregu badminton campuran negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan gandingan beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong serta perak dari Dato Lee Cbong Wei dalam acara badminton perseorangan lelaki. Pingat gangsa disumbang pelumba berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang.

Ini merupakan pencapaian luar jangkaan skuad negara pada temasya Sukan Olimpik! Tahniah MALAYSIA!

‪#‎Rio‬
‪#‎Olympics‬
‪#‎TeamMalaysia‬
‪#‎TeamISN‬