PERANAN SERTA TANGGUNGJAWAB PEGAWAI BAHAGIAN PODIUM

BUKIT JALIL, 20 MEI 2016 –  Bahagian PODIUM, Institut Sukan Negara mengadakan satu Sesi Townhall kepada semua kakitangan di bawah Bahagian tersebut yang bermula pada hari ini 20 Mei 2016 sehingga 27 Mei 2016 di Dewan Komanwel, ISN.

Sesi Townhall ini bertujuan untuk memberi penerangan tentang tugas, peranan dan tanggungjawab semua kakitangan di bawah Bahagian Podium dengan lebih spesifik.

Townhall ini dimulakan dengan sesi pengenalan serta latar belakang Program PODIUM yang telah disampaikan oleh Pengarah Bahagian PODIUM, Mr. Tim Newenham.

Diharapkan dengan adanya Sesi Townhall ini sedikit sebanyak memberi maklumat kepada semua kakitangan di bawah Bahagian Podium mengenai perancangan serta hala tuju mereka di masa hadapan.townhall 4 townhall 1 townhall 3