Bengkel Statistik Siri 1/2016

Bukit Jalil, 26 April 2016 (Selasa) – Bengkel Statistik Siri 1/2016 telah dianjurkan oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan bertempat di Bilik Latihan Komputer, Majlis Sukan Negara. Bengkel yang berlangsung selama sehari ini telah dikendalikan penceramah jemputan, Prof. Chua Yan Piaw dari Institute of Educational Leadership, Universiti Malaya. Beliau dengan berbesar hati bersetuju untuk memenuhi jemputan  siri-siri bengkel yang akan berlangsung dari April hingga November 2016. Seramai 20 orang peserta telah menghadiri bengkel tersebut.

Oleh:
Dayang Adlina Sharine
Pusat Pengurusan Penyelidikan
Bahagian Penyelidikan dan Pendidikan
ISN