Kedudukan Tunku Imran Sebagai Presiden MOM Dicabar

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Selepas 17 tahun, jawatan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang disandang Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar, bakal dicabar pada mesyuarat agung tahunan (AGM) badan induk itu, 22 Ogos ini.

Tunku Imran akan dicabar Presiden Persatuan Golf Malaysia (MGA) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor, bagi pemilihan barisan kepimpinan baharu MOM sesi 2015/2017 di Wisma MOM di sini.

Tunku Imran berkata MOM sentiasa mengamalkan demokrasi bagi memastikan sukan di Malaysia diuruskan dengan lancar dan berjaya.

“Saya bangga ramai berminat dengan MOM dan terdapat 30 (daripada 35) persatuan telah mengemukakan pencalonan. MOM sentiasa mengamalkan demokrasi dan setiap orang bebas mencabar sesiapa pun.

“Jika seseorang itu berasa layak memimpin atau memegang sebarang jawatan, maka terserah kepada ahli untuk membuat keputusan. Saya bukan seorang yang bercakap mengenai peluang. “Persoalannya ialah saya bertanding, saya ada rekod kerja, jika mereka mahukan saya, mereka pilih saya, jika mereka tidak mahu, maka terima sahaja dan maju ke hadapan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pencalonan bagi kepimpinan baharu MOM dikendalikan panel bebas diketuai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Ramesh Chandar Nair.

Jawatan timbalan presiden MOM pula menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara penyandang Tan Sri Mohammad Noor Abdul Rahim dan Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.

Seperti dijangka, Datuk Sieh Kok Chi tidak mempertahankan jawatan Setiausaha Agung MOM, sebaliknya beliau akan berdepan bekas penolongnya, T. Kumar untuk jawatan penolong setiausaha agung.

Datuk Low Beng Choo yang mendapat ‘restu’ daripada Sieh sebagai penggantinya, akan berdepan Datuk Danyal Balagopal untuk jawatan setiausaha agung.

Sieh menyandang jawatan itu sejak 1992.

Berikut ialah pencalonan untuk pemilihan jawatan dalam MOM bagi sesi 2015/2017: .

Presiden : Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar : Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor

Timbalan Presiden : Tan Sri Mohamad Noor Abdul Rahim

: Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria : Naib Presiden (5 jawatan)

: Datuk Zakaria Ahmad

: Datuk Mumtaz Jaafar

: Norcigini Norizan Ismail

: Datuk Radhakrishnan Nair

: Datuk Taufik Omar

: Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin

: Mohd Nazifuddin Mohd Najib

: Datuk Nur Azmi Ahmad

: Datuk Ong Poh Eng

: Chong Kim Fatt

: Setiausaha Agung

: Datuk Low Beng Choo : Datuk Danyal Balagopal Penolong Setiausaha Agung (Lelaki) : Datuk Sieh Kok Chi : Kumar Thangaraju : Penolong Setiausaha Agung (Wanita) : Moira Tan Siew

: Nurliza Talhah Bendahari

: Yong Choo Kong

: Rosmanizam Abdullah Penolong Bendahari :

: Ahmad Feisal Ahmad Tajuddin : Wong Jee Seng

— BERNAMA