41 WARGA ISN DIRAIKAN DALAM MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG KBS

NurafikaBerita

photo

Cheras, 7 Mac- Seramai 41 warga kerja Institut Sukan Negara (ISN) diraikan dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Kementerian Belia dan Sukan 2016 di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa hari ini.

Pengiktirafan yang disempurnakan Menteri Belia dan Sukan,YB. Brig. Jen. Khairy Jamaluddin itu bertujuan memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pegawai dan kakitangan yang mencapai prestasi cemerlang dalam perkhidmatan masing-masing sepanjang tahun lalu.

Semoga dengan adanya pengiktirafan ini ia mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan warga ISN untuk membuktikan keupayaan masing-masing bagi menghasilkan perkhidmatan yang terbaik pada masa akan datang.

TAHNIAH! #TEAMISN